πŸ„ΌπŸ„°πŸ„ΊπŸ„°πŸ„½πŸ„°πŸ„½ πŸ…ƒπŸ…πŸ„°πŸ„³πŸ„ΈπŸ…‚πŸ„ΈπŸ„ΎπŸ„½πŸ„°πŸ„» πŸ„ΌπŸ„΄πŸ„»πŸ„°πŸ…ˆπŸ…„

 Selamat pagi, terima kasih kerana menyertai kami. Ini adalah TV Channel 100 dengan saya Joeti Veiram A/L Rajamanikam untuk 28/4/2023. Saya akan menyampaikan kepada anda tentang makanan tradisional melayu 
 DAHULU, apabila tiba musim perayaan pasti meriah dengan pelbagai juadah yang begitu menyelerakan dan unik.

 Lebih menarik adalah penyediaan kuih atau biskut raya disediakan ibu yang gigih membuatnya seawal bulan puasa lagi.

 Mereka akan mula membuat kuih-muih dan menyimpan dalam balang kedap udara. Walaupun penyediaannya agak rumit dan mengambil masa yang lama, hasilnya boleh memenuhi satu meja.

Kini, ada beberapa jenis kuih raya yang kian pupus dan jarang sekali dihidangkan ketika perayaan terutama ketika Aidilfitri.

 1. Agar-agar kering.
Diperbuat dengan pelbagai warna, agar-agar kering antara hidangan malar segar. Pembuatannya juga agak mencabar dan menuntut kesabaran tinggi disebabkan faktor cuaca dan cara bancuhan yang mana jika tersilap sukatan ia tidak akan menjadi.

Masih menjadi perhatian untuk dihidangkan, ia lebih menarik perhatian kanak kanak ketika beraya kerana tekstur dan warnanya seakan kudapan khas buat kanak kanak.
2. Kuih kelamai.
Kuih ini menjadi kelaziman setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri bagi masyarakat Melayu Rawa di Perak, khususnya di Gopeng. Tidak lengkap sekiranya tidak disambut sajian istimewa ini.

Kelamai adalah hidangan seakan-akan dodol dari segi warna dan fizikalnya yang kehitaman dan kenyal, bagaimanapun ia dimasak dengan cara dibakar di dalam buluh seperti lemang dan cara penyediaannya juga agak rumit.
3. Biskut buah kana
Biskut buah jana enak kerana pelbagai jenis jem di tengah-tengahnya. Selalunya bahan untuk membuat biskut lama ini tak banyak dan ringkas.

Bahan penyediaan biskut ini juga agak mudah hanya menggunakan beberapa jenis tepung seperti tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, gula, telur dan esen vanila.
Sekian terima kasih