πΈπ π π»πΈπ±π΄π π°π»
Selamat sejahtera Malaysia,ini adalah berita TV Saluran 100 bersama saya Vanisha
Chegaran untuk hari ini yang ingin melaporkan berita tentang Isu Liberal.Pada 21 May 2018
, Kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam Dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang wacana
Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada
rakyat negara ini. Fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakin benar belaka.Orang Islam sahaja yang benar.
Sebaliknya,mereka hendaklah mengiktiraf
agama lain juga benar Dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal,Ulil Abshar Abdalla dalam
majalah Garra ( Indonesia ) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan "Semua agama sama.
Semuanya menuju jalan kebenaran". Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi
Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam Liberal mengeru agar
dibenar perkhawinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul
Dan perkhawinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan
kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana.
Sambutan kongsi raya iaitu menyambut
perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia. Sekalipun
telah ditegur oleh Mufti dan Para ulamak dalam Muzakarah Ulamak 2006 di Perak sebagai
bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan
ulamak-ulamak tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup.