πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…„ πŸ„³πŸ„ΎπŸ„½πŸ„°πŸ„»πŸ„³ πŸ…ƒπŸ…πŸ…„πŸ„ΌπŸ„Ώ πŸ„³πŸ„ΈπŸ…ƒπŸ„°πŸ„½πŸ„ΆπŸ„ΊπŸ„°πŸ„Ώ

Selamat sejahtera 1MALAYSIA,saya Theviga Shanmuganthan
dari TV CHANNEL100 yang ingin melaporkan untuk berita isu Donald Trump Yang Ditangkap.April 17,2023 pada 10 pagi terdapat rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di semua channel iaitu seorang President Amerika ke-45 yang berkhidmat dari tahun 2017 hingga 2021 yang ditangkap.
Sebelum beliau menjadi presiden,beliau ialah seorang ahli perniagaan,seorang penulis,seorang bekas pelakon dan personaliti televisyen. 
Trump juga seorang pemilik dan bekas presiden kepada The Trump Organization.
Banyak wang beliau telah dibuat dalam hartanah di Bandar Raya New York, Las Vegas, dan Bandar Atlantik.Beliau pernah memiliki pertandingan ratu Miss Universe. Trump memulakan kerjayanya di syarikat pembinaan neneknya, Elisabeth Trump dan Son syarikat asal kepada [The Trump Organization]. Syarikat ini memberi tumpuan kepada rumah sewa kelas pertengahan di Brooklyn, Queens dan Pulau Staten. Salah satu projek pertama Trump, ketika beliau masih di kolej, adalah dari sudut kompleks apartmen Swifton Village yang dirampas di Cincinnati, Ohio.
Jika Trump didakwa,akan menjadi kes jenayah pertama yang pernah dibawa keatas bekas Presiden Amerika Syarikat.Kesalahan Trump berhubung dakwaan wang yang dibayar bagi pihak Trump oleh peguamnya kepada bintang lucah,Stormy Daniels sebalum pilihan raya President 2016.
Satu daripada beberapa kes di mana lelaki berusia 76 tahun kini disiasat walaupun dia menafikan salah laku berkenaan.Trump bagaimanapun berjanji untuk meneruskan kempenya untuk menjadi calon Republikan dalan Pilihan Raya Presiden 2024,walaupun dia didakwa.
Trump dikatakan mempunyai pangkalan pengikut detia dan serangan 6 Januari 2021 ke atas Capitol oleh penyokongnya berikutan gesaanya,membuktikan bahawa situasi boleh meningkatkan menjadi keganasan.
Sabtu lalu,Trump menulis dalam laman rangkaian sosialnya,Truth Social bahawa bahawa kebocoran haram dari pejabat peguam daerah Manhattan menunjukkan bahawa dia akan ditangkap pada hari selasa ini.
 
Sekian untuk laporan berita pada hari ini.

Popular posts from this blog

πŸ„ΌπŸ„°πŸ„ΊπŸ„°πŸ„½πŸ„°πŸ„½ πŸ…ƒπŸ…πŸ„°πŸ„³πŸ„ΈπŸ…‚πŸ„ΈπŸ„ΎπŸ„½πŸ„°πŸ„» πŸ„ΌπŸ„΄πŸ„»πŸ„°πŸ…ˆπŸ…„

πŸ„ΏπŸ„΄πŸ„½πŸ„ΆπŸ„΄πŸ„½πŸ„°πŸ„»πŸ„°πŸ„½