πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…„ πŸ…πŸ„°πŸ„²πŸ„ΈπŸ…‚πŸ„Ό πŸ„±πŸ„ΎπŸ„»πŸ„° πŸ…‚πŸ„΄πŸ„ΏπŸ„°πŸ„Ί


Selamat pagi dan salam sejahtera,Saya Theviga Shanmuganthan dari TV CHANNEL 100 yang
ingin mentengahkan isu-isu Racism Bola Sepak.Pada pagi yang indah ini,iaitu 19 April 2023
terdapat berita tentang permohonan maaf daripada Melaka United FC[MUFC]membabitkan isu
perkauman terhadap pertahanan import Terengganu FC[TFC],Pape Diakite pada pertemuan
kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat.
Hal ini kerana Liga Bola sepak Malaysia [MFL] tidak
akan menutup buku isu rasis itu bagi memastikan perbuatan terbabit dapat dibendung dalam
kalangan penyokong bola.Situasi terbabit diakui Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart
Ramalingam apabila menyatakan pihaknya tetap menunggu laporan daripada komisioner
perlawanan bagi tindakan lanjut.
Kami menunggu laporan daripada komisioner perlawanan dan akan melakukan siasatan lanjut
membabitkan kedua-dua pasukan itu.
Melaka United mengetahui situasi berkenaan dan sudah meminta maaf berkaitan kejadian
terbabit, namun MFL tetap mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan insiden berkenaan.
Apa yang saya ingin katakan, tiada tempat untuk insiden berkenaan dalam bola sepak di
negara ini. Perbuatan rasis dan kebencian perlu ditegah dalam bola sepak kita," katanya ketika
dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, dalam aksi berkesudahan skuad Penyu melakar kemenangan 4-2 hasil hatrik Kipre
Tchetche dan satu lagi menerusi Mohd Faisal Halim, pemain beragama Islam kelahiran Senegal
itu mendakwa dipanggil dengan gelaran 'Negro bodo' ketika beraksi di atas padang.
Situasi terbabit mengejutkan pemain terbabit apabila panggilan berunsur perkauman itu
seharusnya tidak berlaku pada era bola sepak moden.
Selain itu, Stuart berkata, hukuman kepada MUFC bergantung kepada laporan diterima
pihaknya selain tindakan lanjut pasukan menangani masalah terbabit.
Katanya, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu laporan itu sebelum tindakan susulan diambil.
Sementara itu, MUFC tampil untuk membuat permohonan maaf kepada Diakite di atas sikap
kurang bijak yang ditunjukkan penyokong mereka.
Pihak Melaka United FC dengan ini ingin memohon maaf kepada pihak Terengganu khususnya
kepada pemain Diakite di atas tindakan atau kata-kata perkauman oleh segelintir penonton di
Stadium Hang Jebat," tulisnya di laman sosial Melaka United FC.
Sekian Terima kasih