πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…„ πŸ„»πŸ„ΆπŸ„±πŸ…ƒπŸ…€ πŸ„±πŸ„ΎπŸ„»πŸ„° πŸ…‚πŸ„΄πŸ„ΏπŸ„°πŸ„Ί

Selamat sejahtera. Saya Vanisha Chegaran dari TV Channel 100 yang ingin melaporkan berita tentang Isu LGBT Bola Sepak Di Qatar. Pada Selasa 29 Nov 2022 , Undang -undang anti lesbian, gay , biseksual , transgender (LGBT)di Qatar menimbulkan pelbagai isu ketika piala Dunia 2022 berlangsung.




Perlawanan antara Portugal dan Uruguay terganggu apabila seorang lelaki membuat protes dengan menceroboh kawasan padang sambil mengibarkan bendera pelangi sebelum dia dihalau keluar. Selain penonton yang kecoh, pemain-pemain bola sepak termasuk Cristiano Ronaldo turut bingung dengan aksi peminat tersebut yang mengakibatkan separuh masa kedua perlawanan terpaksa diberhentikan.Sebelum ini, Bendera pelangi yang dipakai pada topi penyokong Wales dirampas,Dan pihak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga melarang pemain untuk tidak memakai lilitan lengan "One Love" ketika dalam perlawanan. Lelaki itu turut menunjukkan sokongan untuk negara Ukraine pada mesej yang tertera bahagian depan baju yang dipakainya. Selain itu,bahagian belakang bajunya menunjukkan mesej "Hormati Wanita Iran" susulan protes atas kematian Mahsa Amini dalam tahanan polis. Pemain Iran juga dikatakan memilih untuk tidak menyanyikan lagu kebangsaan sebagai solidariti buat wanita itu. Selaginya, Ketua pasukan Denmark dan Jerman akan memakai lilitan One Love apabila mereka turun beraksi di Piala Dunia di Qatar, negara di mana hubungan sejenis adalah haram.
 Mengikut peraturan Fifa apa sahaja yang digunakan pasukan tidak boleh mempunyai sebarang slogan, kenyataan atau imej politik, agama atau peribadi. Penjaga gol dan kapten Jerman,Manuel Neur berkata dia bercadang untuk memakai lilitan itu. Badan induk bola sepak dunia menolak permintaan Denmark untuk berlatih di Piala Dunia dengan baju tertulis 'hak asasi manusia untuk semua'. Hubungan sejenis adalah haram di Qatar dan boleh dihukum sehingga 3 tahun penjara. Fifa menggesa pasukan yang beraksi di Piala Dunia untuk memberi tumpuan kepada bola sepak dan tidak mengheret sukan itu ke 'pertempuran' ideologi atau politik.

Sekian terima kasih daripada saya dan TV Channel 100.